Blog Posts

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul

Pada 3 September lepas, murid-murid Mod Harian Madrasah OKU Yayasan FAQEH telah menyambut Maulidur Rasul di Taman Tasik Ujana, Nilai Impian.
 
Program kali ini telah dikendalikan oleh pelajar Latihan Industri, Ustazah Nur Syamilah Jamsari.
 
Aktiviti rutin, termasuk bacaan ruqyah dan solat Dhuha telah dijalankan. Ini diikuti oleh segmen 'Social Story' tentang Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, murid-murid dan asatizah sama-sama berarak sambil mengalunkan Selawat Maulid.
 
Sebelum program tamat, Ustazah Syamilah mengadakan sesi kuiz ringkas supaya murid-murid dapat mengingat kembali poin penting dan menambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.