Blog Posts

Program Jelajah Hijau Inklusif anjuran Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU)

Program Jelajah Hijau Inklusif anjuran Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU)

Alhamdulillah, Yayasan FAQEH telah dijemput untuk menyertai Program Jelajah Hijau Inklusif anjuran Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU), Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia pada 20 Ogos 2025 bertempat di Taman Botani UKM.
 
Seramai 11 orang murid Mod Harian Madrasah OKU Yayasan FAQEH telah mendapat pendedahan dan berpeluang untuk belajar menanam pokok, dan mempertingkat rangsangan deria visual dan olfaktori melalui aktiviti memetik buah limau. Murid-murid ini lebih teruja bila dapat membawa pulang hasil tanaman!
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pegawai UPS-OKU dan Jabatan Pendaftar UKM atas layanan mesra dan santunan terbaik kepada murid-murid kami. Semoga banyak lagi program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.