Alhamdulillah, terima kasih Cikgu Adibah dan guru-guru Sekolah Menengah Dato' Abu Bakar Baginda, Bangi kerana telah menjemput Yayasan FAQEH untuk sama-sama menjayakan Minggu Pendidikan Khas peringkat sekolah pada 21 Julai 2025.
Antara pengisian program termasuk ceramah kesedaran bertajuk 'Pendidikan al-Quran dan Fardu Ain kepada OKU' yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Nasri Suratman, Jurulatih dan Guru Quran Madrasah OKU Yayasan FAQEH.
Reruai kami juga telah dikunjungi ibu bapa dan guru-guru yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Modul Tahfiz Akhyar dan Modul Tilawah Asyraaf yang dibangunkan Yayasan FAQEH.